Ads 468x60px

Photobucket

Julai 29, 2011

Ijtima' Haraqiy Ke-2 & Muktamar ABIM Kebangsaan Ke-40

Oleh : ABU MUHAMMAD (II)
27 Syaaban 1432H /29 Julai 2011

Rombongan ABIM Negeri Johor bersama WADAH Johor dan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) telah ke Ijtima' Haraqiy Ke-2 yang telah diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan Kolej Darul Hikmah (KDH), Kajang pada 20 hingga 22 Syaaban 1432H bersamaan 22 hingga 24 Julai 2011.

Ijtima' yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini dimulakan dengan pembentangan awal muktamar secara selari melibatkan Muktamar PKPIM Ke-50 , ABIM Ke-40 dan WADAH ke-5.

Pada sebelah pagi Sabtu 21 Syaaban 1432H, Majlis perasmian Ijtima' Haraqiy Ke-2 dimulakan dengan Ucapan Dasar Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang disempurnakan oleh Presidennya, YBhg. Sdr. Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz dan diikuti Ucapan Dasar Presiden ABIM yang disempurnakan oleh YBhg Dr. Muhammad Razak Bin Idris, Presiden yang ke-7. Seterusnya , diikuti dengan Amanat Kepimpinan oleh Presiden WADAH, YBhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang dibacakan oleh YBhg. Profesor Madya Dr Muhammad Nur Manuty, Timbalan Presiden WADAH.

Ijtima' Haraqiy Ke-2 diteruskan dengan sesi Seminar pada sebelah petangnya dengan mengangkat Tajuk ""Siyasah Shar'iyyah : Demokrasi Dan Puraliti". Seminar yang menampilkan beberapa pembicara termuka seperti Prof Madya Dr. Ghazali Basri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei , Prof. Madya Dr. Muhammad Nur Manuty, wakil WADAH turut mengenengahkan beberapa pembicara seperti Yang Berhormat Dr. Mujahid Yusuf Rawa dari Parti Islam Malaysia (PAS), Dr. Hassan Bahrom (UiTM), Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin (UiTM) dan Prof. Dr. Ashraf Bin Md Hashim (ISRA).

Seminar kali ini mengangkat Dua Tajuk Utama iaitu "Islam, Pluralisme & Pluraliti" serta "Demokrasi Dan Pilihanraya : Perspektif Siyasah Shar'iyyah" diharap mampu menjawab beberapa persoalan besar masyarakat yang timbul dek beberapa situasi terkini dalam negara mahupun global. Diharapkan kedua-dua kertas kerja pembentangan dapat dikupas di seluruh peringkat ahli dan dibawa untuk implimentasi dan pemahaman dalam masyarakat keseluruhannya.

Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam Perdana yang turut menampilkan beberapa tokoh utama gerakan tercinta seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden ABIM Ke-2. Dalam majlis tersebut juga, Mantan Yang Di-Pertua ABIM Batu Pahat, YBhg. Tuan Haji Gahapar Bin Ahmad telah dianugerahkan Anugerah ASUH dan Ahli Seumur Hidup ABIM. Moga dengan penganugerahan tersebut akan memberikan galakan untuk beliau terus berkhidmat kepada masyarakat.

Ijtima' berakhir pada petang Ahad dengan peralihan kepimpinan melibatkan ABIM dan PKPIM. Semoga bertemu kembali dalam Ijtima' Haraqiy yang seterusnya ..