Oleh: Abu Qisth
Subjek politik dalam konteks dunia hari ini sangatlah sinonim dengan amalan demokrasi. Walaupun demokrasi dianggap suatu sistem yang berorientasikan Barat, namun penerimaan umat Islam terhadap amalan demokrasi barat (secara tidak total) membuktikan bahawa Islam amat menyantuni idea-idea Barat dalam konteks interaksi peradaban. Krisis politik kepartian yang menghakis nilai perpaduan serta akal budi rakyat Malaysia khususnya orang Melayu seharusnya memberi keinsafan kepada generasi muda hari ini agar dapat menggalas tanggung jawab yang lebih besar sebagai peneraju politik perubahan yang berasaskan syura sebagai institusi terpenting dalam menangani hal ehwal perpolitikan negara pada masa hadapan. Keunikan sistem Islam terletak pada strukturnya yang bermula dari proses pembentukan, perencanaan, perancangan serta pencegahan daripada berlakunya sebarang kepincangan dalam sesebuah entiti pentadbiran.
Sesungguhnya, sesebuah permasalahan itu tidak akan mampu diselesaikan jika para politikus hanya mengamalkan pendekatan yang berorientasikan untung rugi perpolitikan semata-mata. Apabila para politikus kembali kepada sumber utama ( Al Quran dan Al Sunnah), meraikan pandangan ulama dan intelektual serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri dan parti, justeru isu perpolitikan negara dapat dinilai secara adil dan penuh berhikmah.
* Tulisan ini adalah ringkasan pembentangan wacana ilmiah ABIM Johor di Politeknik Johor Bahru. Untuk artikel penuh, sila klik pada pautan berikut untuk muat turun.
KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN