
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta seluruh warga penggeraknya ingin merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga Syeikh Dr. Fathi Yakan (Fathi Yakan) serta Barisan Bertindak Islam (IAF) Lubnan, di atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada hari Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan, 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu. Sepanjang hayatnya, Fathi Yakan telah memberikan sumbangan yang tak ternilai terutama sekali kepada gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menerusi karya-karyanya seperti Apa Ertinya Aku Menganut Islam, Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam, dan buku-buku lain yang sehingga kini masih menjadi rujukan utama di kalangan aktivis-aktivis gerakan Islam di seluruh dunia.
Di samping itu, beliau turut memberikan sumbangan yang sangat besar perkembangan politik di timur tengah terutama sekali di tanah kelahirannya Lubnan dan dalam gerakan menentang kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestine dan kawasan sekitarnya.Semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Azril Mohd Amin
Naib Presiden Antarabangsa
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)