Bulan Jun 2008, program ABIM Johor agak padat ditambah lagi dengan kerja-kerja Muktamar yang Alhamdulillah dapat dijalankan pada 5 Jun 2008. Berkat usaha dan ketabahan saudara SU kita (yang baru bergelar suami), sempat juga beberapa aktiviti berbentuk ziarah dan perbincangan ringkas dilaksanakan di Muar dan Segamat. Berikut kami tautkan beberapa gambar untuk tatapan dan makluman semua.
Ini gambar lawatan kerja SU (bersama isteri) ke Muar, yang kemudiannya diikuti dengan mesyuarat untuk Pelan Modul Pembangunan HELWA Negeri Johor pada 24 Jun 2008 di pejabat ABIM Muar pada jam 3.00 petang.
Kemudian yang ini pula gambar lawatan kerja SU ke Segamat... Waktu Usrah keluarga 27hb Jun 2008 jam 9.00 malam di pejabat ABIM Segamat.